Pages

30.4.10

Kenangan Berani Jadi Bos astro ceria

KUALA LUMPUR, 14 DIS 2007: Kempen Vitagen Mempersembahkan Astro Ceria, Berani Jadi Bos? kini hampir ke peringkat kemuncak apabila 20 calon-calon bos yang telah terpilih daripada hampir 14,000 penyertaan yang diterima seluruh Malaysia.


Astro Ceria (Saluran 611 Astro), satu-satunya saluran kanak-kanak Bahasa Malaysia 24 jam di Malaysia, membuka satu lagi lembaran baru dalam evolusi dunia kanak-kanak dengan memberi peluang kepada generasi muda untuk menyahut cabaran kempen ini.



Azlin Azmi, Pengurus Saluran Astro Ceria (Saluran 611 Astro) berkata, Astro Ceria melalui kempen Berani Jadi Bos? mempunyai objektif untuk mendidik generasi muda di samping menyuntik semangat kepimpinan di dalam jiwa mereka."Bukan itu sahaja,kami mahukan kanak-kanak ini menyimpan impian untuk berjaya di dalam hidup mereka. Kami di Astro merasakan adalah tanggungjawab kami untuk menyediakan platform kepada bakal pelapis pemimpin negara ini," katanya pada sidang media, di sini kelmarin.


Kempen Berani Jadi Bos? yang telah bermula pada 22 Oktober lalu mendapat sambutan yang di luar jangkaan dengan hampir 14,000 penyertaan diterima. Jumlah ini telah disenarai-pendekkan ke 1,000 penyertaan yang terbaik dari 4 lokasi - Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Seramai 4,000 kanak-kanak yang terpilih ini telah dipanggil semula untuk menghadiri sesi ujibakat di mana mereka telah dinilai oleh para panel juri profesional. Panel juri profesional kemudiannya telah memilih 20 orang peserta akhir.


"Setelah melakukan saringan demi saringan, Astro sepakat memilih barisan 20 calon bos ini yang menunjukkan potensi dan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Calon-calon bos cilik ini adalah dari lingkungan usia 8 tahun sehingga 14 tahun dan mempunyai personaliti yang menonjol, pembawakan diri yang berkarisma, berkeyakinan tinggi dan rekod pendidikan yang cemerlang," kata Azlin.


Calon-calon bos cilik Astro Ceria ini terdiri daripada 11 orang calon perempuan dan 9 orang calon lelaki. Seramai 18 orang berbangsa Melayu dan selebihnya Cina. Calon paling muda berusia 8 tahun dan paling dewasa 14 tahun.


Calon-calon perempuan terdiri daripada Afiqah Ahmad Mazlan (12 tahun, Pahang); Ain Asyikin Abdul Rahim (13 tahun, Kuala Lumpur); Anny Lee Aun Nee (10 tahun, Pulau Pinang); Aqilah Nabilah (12 tahun, Johor), Chua An Qi (13 tahun, Johor); Musalmah Abd Rahman (11 tahun, Johor); Nurazliana Haslin Rusli (13 tahun, Kuala Lumpur); Nur Ezzah Mahmud (14 tahun, Pulau Pinang); Nur Najihah (9 tahun, Pulau Pinang); Nur Syiffa Rosman (13 tahun, Pulau Pinang) dan Zuhairah Zainah (13 tahun, Pahang).



Calon-calon lelaki pula adalah Ahmad Arfan (8 tahun, Pulau Pinang); Danish Jirfan (14 tahun, Kuala Lumpur); Fuad Amin (12 tahun, Pahang); Mohd Safuan Saluhuddin (13 tahun, Pahang), Muhammad Aliuddin Abu Bakar (12 tahun, Johor); Muhammad Hazim Ismail (14 tahun, Johor), Najeem Zainal Pias (14 tahun, Kuala Lumpur), Saifuddin Saiful Bahri (13 tahun, Pahang) dan Syamil Azmim Azhar (13 tahun, Kuala Lumpur).



"Kesemua 20 calon ini seterusnya akan dikuarantin selama 2 hari untuk memberi peluang bagi persiapan ke peringkat akhir. Astro Ceria telah melantik beberapa fasilitator dari kalangan bintang Akademi Fantasia dan selebriti Astro yang juga akan bertindak sebagai kakak dan abang angkat mereka. Pelbagai aktiviti akan dijalankan dengan objektif untuk menanam semangat kepimpinan dalam diri mereka," kata Azlin.


Seramai 4 orang bos cilik dari setiap negeri ini akan dinobatkan pada Malam Anugerah Berani Jadi Bos? pada Ahad ini, 16 Disember, jam 8.30 malam bertempat di Grand Hall, Universiti Multimedia, Cyberjaya.


Mereka akan diadili oleh barisan juri profesional yang diketuai DatoĆ¢€™ Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad. Selebriti terkenal Erra Fazira dan Saiful Apek akan turut menjadi antara juri pada malam tersebut. Juga nantikan pelbagai persembahan menarik dari selebriti dan kanak-kanak. Majlis ini akan dirakam dan disiarkan di Astro Ceria sekitar Januari 2008.


Di samping itu, 20 Finalis ini akan berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi merebut hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan yang berjumlah hampir RM150,000. Ia berupa biasiswa, peluang beraksi di dalam video muzik khas Astro Ceria, set kelengkapan pejabat di rumah dan peluang menjalani latihan amali sebagai bos di Astro Ceria. -www.murai.com.my-

Hahaha..ni petikan daripada murai.my yang menceritekan tentang berani jadi bos yang dean sertai 3 tahun dulu..dean post bende ni sebab dean berjumpe dengan member lame dean hazim semalam yang juge peserte berani jadi bos..syiok habes!!..memang kenangan terindah wa cakap lu...dean akan post gambar dean dalam post lagi satu k? bye..

1 comment:

Unknown said...

hiii, nak tengok gambar. siapa je pemenang jadi boss nyer?, tak ada maklumat, senyap je sekarang.