Pages

17.8.09

hina yasmin ahmad?


erm yah..i copy this article from other blog..admit it..and here i wanna say..they should'nt talk about the dead..should let them die in peace..malas cakap banyak baca la sendiri..aku sokong marina mahathir!! memang patut ape tindakan die tu..
Beberapa hari selepas kematian Yasmin Ahmad, akhbar kosmo! telah menerbitkan artikel tentang beliau dengan bertajuk “Daripada striker bola kepada pengarah tersohor”.
Apa semua ni? Orang tu dah meninggal la,rumput pun tak tumbuh lagi kat kubur dia dah ada artikel yang tak sedap didengar. Perlu ke akhbar Kosmo! mendedahkan secara terang terangan bahawa siapa sebenarnya Yasmin Ahmad dulu dan sekarang.
Ya,memang betul Yasmin Ahmad tu khunsa. Khunsa adalah seseorang yang mempunyai kedua dua jantina. Dulu dia jadi lelaki,tetapi pabila dia menyedari ciri fizikal dia cenderung kepada perempuan,dia memilih jantina dia sebagai seorang perempuan. Mengikut undang-undang islam juga menyuruh seseorang memilih jantina mengikut kecenderungan fizikal dan mental,jika mempunyai dua jantina.
Umum tahu Yasmin Ahmad khunsa, gua pun tau. Tapi perlu ke akhbar kosmo! mendedahkan segala latar belakang Yasmin Ahmad, ketika dia seorang laki-laki sehingga merubah jantina kepada perempuan. Dengan tajuk akhbar yang agak mengaibkan, gua pasti keluarga Yasmin Ahmad agak kecewa dengan artikel akhbar Kosmo!
Mengaibkan orang yang dah mati? Gua tak sampai hati, korang?
Hati keluarga siapa yang tak terguris kalau pekung aib keluarga dibuka secara umum. Tambahan lagi orang yang diaibkan tu dah meninggal. Kesian kat Yasmin Ahmad ni.
Ada orang YM gua, dia cakap itu ini tentang Yasmin Ahmad. Siap cakap ni balasan tuhan bagi sebab dia mempersendakan agama di dalam filem filem arahan Yasmin Ahmad. Memang betul filem² dia ada bahagian bahagian yang sensitif, tambahan pula bahagian yang sensitif tu melibatkan hal hal agama.
Tapi bagi gua, biarlah…… Orang tu dah meninggal, seeloknya kita sedekahkan Al-Fatihah. Bukan bercakap tentang keburukan dia lagi dah. Itu antara dia dengan tuhan sekarang. Kita yang duk pot pet ni buat dapat dosa mengumpat je, Yasmin Ahmad juga dapat pahala.
Ada orang cakap gua ni cepat sentap dengan artikel artikel sensitif macam ni. Bukan gua sorang je yang tersentap dengan artikel macam ni beb…
Anak Mahathir pun tersentap juga,haha. Gua dah agak dah benda sensitif macam ni kalau kat Malaysia mesti orang marah. Bukan gua sorang.
Dalam malaysiakini Marina Mahathir berkata :-
akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.
“Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).
“Remuk perasaan keluarganya,” kata Marina.
“Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.
“Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. -petikan malaysiakini-
Betul la kata member gua, orang buat baik sikit pun ko tak ingat. Orang buat jahat sampai mati ko ingat.Dah,daripada gua mengumpat Yasmin Ahmad ni lebih baik gua tengok iklan² dia yang penuh bermesej tu. Lagi best muhasabah diri.
Kalau korang ingat dialog ni,‘Rambut sama pacak, tapi masing masing buat hal sendiri’ – Hasil karya iklan Yasmin Ahmad,iklan petronas.Sendiri faham la…

No comments: